Bukan Sekadar Berhibur

>> Saturday, February 7, 2009



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) teramat sedih, kesal dan marah melihat kebiadapan bangsa Melayu sendiri menderhaka terhadap Yang Mulia Sultan dan Raja Muda Perak dengan begitu songsang sekali adatnya yang ditertawakan oleh bukan Melayu dan dipertonton ke seluruh dunia.

Kejadian memalukan bangsa yang dikatakan sangat memuliakan Sultan-Sultan rupanya tidak tersemat langsung di jiwa mereka Rukun Negara yang ke-2.

Jika ada pun yang difikirkan tidak betul, bukan dengan membaling batu dan menghalang kenderaan Diraja caranya. Bukan dengan melaung-laung dan memekik-mekik dengan bahasa kesat terhadap keluarga Diraja.

PERKASA mengutuk sekeras-kerasnya kebiadapan mereka terhadap Tuanku Sultan Perak dan seluruh keluarga Baginda. Mereka yang terbabit dengan himpunan haram yang ganas selepas solat Jumaat berdekatan Masjid Ubudiah petang semalam perlu dikenakan tindakan keras yang setimpal dengan perbuatan.

Kata-kata seperti “bukan Melayu ambil kesempatan” bila ternampak dan berlakunya Melayu hilang jati diri, terbukti dengan bila mana bukan Melayu berani mengumumkan akan failkan saman terhadap Tuanku Sultan Perak pada hari Selasa 10hb. Febuari ini di Mahkamah Tinggi Ipoh.

PERKASA cabar mereka teruskan niat itu kalau mereka berani.

PERKASA ingin berpesan kepada mereka yang akan menuju ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini untuk failkan saman tersebut, bersiap sedialah di situ nanti berhadapan dengan ribuan umat Melayu yang sentiasa tersemat “Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara” di dada kami. PERKASA akan berada di barisan hadapan nanti.

InsyaAllah

PERKASA tidak berkompromi sama sekali dengan puak-puak yang menderhaka kepada Raja-Raja Melayu.

DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU

ALLAHUAKBAR…ALLAHUAKBAR…ALLAHUAKBAR



Setiausaha Agung
PERKASA
07.02.2009


0 comments:

PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan. Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu. Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.



  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP