Dinner Bersama Dato' Sri Nazri Aziz
>> Wednesday, May 20, 2009
Pada 8 - 10 Mei yang lalu,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
telah mengadakan lawatan rasmi beliau ke Afrika Selatan.. Tujuan utama kedatangan YB Dato Seri adalah sebagai wakil Malaysia dalam Upacara Pertabalan Presiden Afrika Selatan yang baru iaitu
Mr. President Jacob Zuma.
T.Y.T Pesuruhjaya Tinggi telah mengadakan Majlis Makan Malam untuk meraikan kedatangan
YB Dato' Seri pada 9 Mei bertempat di Kediaman Rasmi T.Y.T..
Seluruh warga Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan dan Agensi yang bernaung dibawahnya telah hadir pada majlis ini..
YB Dato' Seri amat friendly dan tidak protocol.. Beliau banyak menerangkan keadaan semasa di Malaysia.. Sesekali ada YB Menteri yang datang, dapatlah kami mengetahui situasi sebenar yang berlaku di tanahair.. Malam tu dah macam sesi soal jawab dan diskusi pulak.. Hahaha..
Apa pun, YB Dato' Seri memang best dan sporting..
Muka ngantok.. Dah jam 10 mlm masa ni..





0 comments:
Post a Comment