Haha No Hi (Selamat Hari Ibu)
>> Sunday, May 10, 2009
Orang kata aku lahir dari perut IBU..
(bukan org kata... memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku... IBU
Bila lapar, yang suapkan aku... IBU
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku... IBU
Bila bangun tidur, aku cari... IBU
Bila nangis, orang pertama yang datang.. IBU
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya... IBU
Bila nakal, yang memarahi aku... IBU
Bila merajuk, yang memujukku cuma... IBU
Bila takut, yang tenangkan aku... IBU
Aku selalu teringatkan... IBU
Bila sedih, aku mesti talipon... IBU
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... IBU
Bila sakit, orang paling risau adalah... IBU
Bila nak exam, orang paling sibuk juga... IBU
Bila ada masalah, yang paling risau... IBU
Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... IBU
(tak lama lagi ni)
PUAN MAZIAH BINTI HASHIM
IBU..
Walaupun Abg jauh kerana tugas dan geography,
Abg tidak pernah lupakan IBU..
Kadang-kadang Abg tak pernah beri tahu IBU jika Abg ada masalah..
Kadang-kadang Abg tak pernah beri tahu IBU kalau Abg sedih..
Kadang-kadang Abg tak pernah beritahu IBU sekiranya Abg sakit..
Tapi IBU tetap IBU...
IBU pasti tahu juga..
Bukan niat Abg hendak menyembunyikan semua itu daripada IBU...
Tapi Abg rasa masih boleh handle dan sudah cukup rasanya selama 25 tahun Abg menyusahkan IBU... Sampai masanya Abg handle semuanya sendiri... Abg nak IBU happy tanpa beban masalah Abg... Insyaallah, Abg mampu mengharunginya... Cuma doa IBU saja yang harapkan... Doakan Abg sehat sejahtera.. Doakan keselamatan Abg selama berada ditempat orang..

IBU,
i love so much...
Buat semua wanita bergelar IBU, tak kiranya sama ada dipanggil
EMAK, UMMI, MAMA, MOTHER, MOM, HAHA, OKASAN, OKASAMA, MOEDER, MOER, MA, AHM, AMA, MAJKA, MAJI ataupun MOMMY (",)..
SELAMAT HARI IBU..
HAPPY MOTHER'S DAY..
HAHA NO HI..







0 comments:
Post a Comment