Kerinduan Yang Bertapak Di Hati
>> Sunday, April 12, 2009
Hari Rabu yang lepas aku telah menerima
beberapa barangan dari Malaysia daripada keluarga yang tercinta..
Antara barangan tersebut, 1 yang buat aku betul-betul terharu..
Pulut Kuning dengan Rendang Daging Nenek ku..
Masa Abby Fana dari sinar.fm call last februari, aku ada kata yang teringin sangat nak makan pulut kuning ngan rendang.. Tak sangka pulak dapat..
Terima kasih kepada Tuan Sarjana kerana sudi memikul barangan kiriman keluargaku ke South Africa ini.. Huhuhu..
Sejauh mana kaki ini melangkah..
Sejauh mana pun diri ini tercampak..
Kemana saja pun diri ini dikerah untuk berkhidmat..
Ibu Abah dan keluarga tetap dalam ingatan..
Kerinduan kepada kalian tetap bersama Abang, dalam meniti hari-hari sebagai seorang pengembara..
Love u all..
NotaSelit: Macam nak raya pulak, sedih sedih ni.. Huhu.. Gambar takde sebab dah habis disental tanpa sempat disnap gambarnya.. Hahaha...





0 comments:
Post a Comment