South Africa Elections 2009
>> Tuesday, April 28, 2009
Rakyat Afrika Selatan telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih Kerajaan dan Presiden mereka yang baru.. Proses pilihanraya telah diadakan pada 22 April 2009 bermula seawal jam 7 pagi lagi dan berakhir sehingga 3 pagi (23 April).. Keadaan pilihanraya disini tidak semeriah di Malaysia.. Kalau di Malaysia, dengan poster dan banner bersepah.. Selagi ada pokok, bukit semua terpacak bendera parti.. Disini hanya ada poster parti dan calon yang diikat di tiang lampu.. Memang tak meriah langsung... Ok, sedikit fakta mengenai South Africa Election 2009..
* 23, 181, 997 registered voters..
* 26 parties contesting the national election..
* 14 parties contesting only provincial elections..
* 9, 130 candidates..
* 55, 000, 000 ballot paper..
* 97, 002 ballot box..
* 92, 700 voting booths..
* 19, 726 voting station..
* 2, 250, 000 paper clips..
* 2, 250 km of packaging tape..
* 3, 600 000 sheets of A4 lined paper
* 4, 500 000 ballpoint pens..
* 45, 000 calculators..
* 1, 500 liters of ink to mark voter's hands
* RAND 1.2 billion election budget..
Sama seperti di Malaysia, pilihanraya ini dilakukan oleh sebuah badan bebas iaitu Independent Electoral Commission (IEC).. Di sini mereka hanya memilih untuk parti yang bakal memerintah Province dan President.. Afrika Selatan mempunyai 9 Provinces (Negeri) iaitu Western Cape, Northern Cape, Eastern Cape, KwaZulu-Natal, Free State, North West, Gauteng, Mpumalanga & Limpopo..
400 kerusi dipertandingkan bagi peringkat Federal (Parlimen)... Parti yang menang akan menjadi Kerajaan Memerintah dan ketua parti itu akan menjadi President of South Africa.. SA Elections 2009 memperlihatkan 3 parti yang kuat bersaing daripada 26 parti politik yang lain. African National Congress (ANC), Democratic Alliance (DA) & Congress of The People (COPE).. ANC dan DA adalah musuh tradisi macam BN dan DAP.. Manakala COPE adalah parti baru yang ditubuhkan 4 bulan sebelum pilihanraya ini.. COPE adalah serpihan-serpihan ahli ANC yang keluar dan menubuhkan parti baru sama macam keADILan.. Bezanya, COPE mempunyai vision yang jelas untuk berkhidmat kepada rakyat SA manakala keADILan hanya untuk merosakan bangsa Melayu dan negara Malaysia..
Proses pengiraan undi telah mengambil masa selama hampir 3 hari sebelum keputusan diumumkan pada 25 April 2009 oleh IEC di Pretoria.. Berikut adalah keputusannya..
Total number of votes per party:
ANC : 11,650,748 (65.90 percent)
DA : 2,945,829 (16.66 percent)
COPE : 1,311,027 (7.42 percent)
IFP : 804,260 (4.55 percent)
ID : 162,915 (0.92 percent)
OTHER : 805,950 (4.56 percent)
Parliamentary seat allocation:
ANC : 264
DA : 67
COPE : 30
IFP : 18
ID : 4
UDM : 4
VF PLUS : 4
ACDP : 3
UCDP : 2
PAC : 1
APC : 1
AZAPO : 1
MF : 1
Seperti yang dijangka ANC akan terus menduduki tampok pemerintahan Afrika Selatan dan Jacob Zuma adalah Presiden Afrika Selatan yang baru..

Amacam.. Ada berani beratur panjang macam tu?? Org Malaysia, beratur tak sampai 10 minit dah memekak.. Mereka beratur untuk mengundi sehari suntuk tau..

Jacob Zuma
ANC Leader











1 comments:
wa pi ngundi kol 4ptg....kol 4.14ptg dah setel....gile la sane....pelik2...
Post a Comment