Bukan Sekadar Berhibur

Letih Dan Bengang

>> Sunday, April 19, 2009


Hari ni bertempat di The Magic Bowling Center, Kolonade Shopping Mall
telah berlangsung Asean Embassies Bowling Tournament 2009
yang dihostkan oleh High Commission of Malaysia..

Aku telah dipertanggungjawabkan untuk mengkordinasi bagi tempat, pendaftaran peserta, pembahagian peserta mengikut lane dan kiraan markah.. Bagi kiraan markah aku dibantu oleh Abg Kamaruddin dan bagi pendaftaran dibantu oleh Kak Maznah.. Bukan nak bangga tapi tugas ni yg paling besar diantara tugas-tugas yang dipikul oleh "orang-orang besar".. Banyak benda nak buat.. Sebenarnya kerja ni mudah tetapi telah disusahkan oleh orang-orang yang lagak pandai tetapi hakikatnya tidak..

Aku bukan budak bawah umur yang belum mandi wajib lagi.. Dosa aku aku dah tanggung sendiri lah oi !!!.. Tak payahlah nak bagi order yang sama sampai 7, 8 kali.. Dah lah macam tu, berulang sampai seminggu pulak tu.. Asyik mengulang benda yang sama jer.. #@%^*!!**$@.. Hampeh betul.. Aku yang terguling-guling macam tenggiling hanya untuk dia dapat credit kerana kejayaan penganjuran tournament ini.. Memang aku tak harap pun.. Bukan aku bekerja kerana nama.. 

Dengan barisan AJK yang dianggap macai-macai ini lah sesuatu program itu berjaya diadakan dengan jayanya.. Ingat tu sikit.. Kalau tak tahu maksud "Mesyuarat", bagi tau.. Boleh aku terangkan mengikut yg tersurat dalam Kamus Dewan Edisi Kedua Cetakan Tahun 2008.. Memang kami tidak setaraf HOC tapi otak, akal dan pengalaman kami mungkin lebih berharga dari yang kau ada.. 

Apa pun segalanya telah berlansung dengan jayanya walaupun agak kelam kelibut apa awal permulaannya tadi kerana kebodohan orang yang perasan cerdik.. Entry kali ini juga tiada gambar kerana aku kurang mood.. Terima kasih kepada semua yang memahami kedudukan dan kondisi aku seketika tadi..




11 comments:

♥♥ KhamS ♥♥ April 20, 2009 at 1:40 PM  

sbr ye...
dugaan!!

Waghih Tok Hashim April 20, 2009 at 6:32 PM  

mmg sabar lah khams.. tu lah pasal lepas geram kat sini.. alhamdulillah.. kalau tidak mungkin dah terlepas dua tiga das ke muka dia..

se7en April 20, 2009 at 8:56 PM  

bakar je tmpt boling tu....setel...heheheh....sekadar suke-suke

Waghih Tok Hashim April 20, 2009 at 9:07 PM  

ekekeke.. aku masih nak balik malaysia beb.. karang aku bakor, terus jadi PR south africa prison center pulak.. hahaha

mr n@z April 21, 2009 at 8:41 AM  

Huiiii...marah sangat tu... Takut aku. Meh bagitau saper yang berlagak cerdik tu!!! Aku dah lama anti dengan orang brlagak cerdik tapi tidak ni. Bodoh sombong betoi.... huhuhu~ (marah ni...marah ni~) kerana diriku telah merasai.... =(

Waghih Tok Hashim April 21, 2009 at 9:19 AM  

ekekeke... xpe bro.. lu pon relax.. aku marah x lama.. setakat tu jelah.. tp sorry lah aku takkan menjadikan diri aku mangsa dia sekali lagi.. rasa bijak, buatlah sendiri lepas ni.. hahaha..

jue April 21, 2009 at 1:55 PM  

sabar rul...nak buat macamana..saper la kita..huhu...

Waghih Tok Hashim April 21, 2009 at 2:52 PM  

ai.. semua member yg komen mcm senasib jer.. sama pernah kena mcm ni jugak ker?? hehehe (",)

jue April 21, 2009 at 3:17 PM  

kcian jgk aku dngr bila bini aku ckp ko tgk bengang.. nasib baik ko dh ok klu x aku nk buat pmohonan kat israel mintak bom atom versi aoron saron serang umah HOC ko tue.. pantang aku sb aku skrg nie suka menaip jd byk benda aku nk taip.. tp aper2 pun buat slamba ajer la.. hidup PR.. bkn pakatan rakyat da...

Waghih Tok Hashim April 21, 2009 at 5:07 PM  

hahaha.. tengkiu bro.. boleh dapatkan ke bom tu?? kalau ada pon ok gak.. utk standby je kot2 jadi lagi.. hahaha..

♥♥ KhamS ♥♥ April 22, 2009 at 12:55 PM  

hahaha...
biase la, aku pon penah merase...

PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan. Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu. Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.



  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP