Pengisian Sempena Maulidur Rasul
>> Monday, March 9, 2009
Rakyat Malaysia beragama Islam di Afrika Selatan ini amat bertuah dan terharu dengan kedatangan Ybhg. Datuk Dr. Fatma Az-Zahra yang sudi memberi sedikit ceramah selama lebih kurang 1 jam setengah sebagai pengisian kepada Sambutan Maulidur Rasul pada hari sabtu yang lalu, 07 Mac 2009.
Ceramah ini telah diadakan di Ruang Tamu Rumah Malaysia iaitu Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan. Syukur Alhamdulillah, walaupun T.Y.T bukan seorang penganut agama Islam tetapi beliau dan isteri telah mempelawa kami supaya sesi ceramah ini diadakan di kediaman beliau. Beliau dan isteri serta anak-anak juga telah mengikuti sesi ceramah yang disampaikan oleh Ybhg. Datuk Dr. Fatma Az-Zahra dari mula hingga selesai. Sesuatu yang amat jarang terjadi dan mungkin hanya satu dalam sejuta.
Ybhg. Datuk Dr. Fatma Az-Zahra dilahirkan di Mesir dan suami beliau adalah rakyat Malaysia dari Kelantan. Ybhg. Datuk juga adalah seorang doktor gigi dan mempunyai kelinik gigi di Kota Bharu, Kelantan. Kedatangan Ybhg. Datuk ke Afrika Selatan juga untuk memenuhi beberapa jemputan ceramah agama di sekitar Johannesburg.
Sedikit rakaman kenangan semasa dan selepas sesi ceramah tersebut.

Gambar Atas: T.Y.T dan isteri bergambar dengan Ybhg. Datuk
Gambar Tengah: Ybhg. Datuk bersama sebahagian kaum ibu yang hadir
Gambar Bawah: Rakaman kenangan Aku bersama Ybhg. Datuk.
Selesai sesi ceramah di Rumah Malaysia, Ybhg. Datuk serta semua hadirin termasuk T.Y.T dan keluarga bergerak pula ke Rumah Pn Maznah, PA kepada T.Y.T untuk Solat Zuhur Berjemaah, Majlis Tahlil dan Bacaan Yaasin. Sarjan Ahmad Nadzri Abd Rahim telah mengimamkan dan mengetuai majlis ini. Majlis ini juga digunakan untuk mengeratkan tali silatulrahim diantara Rakyat Malaysia di Afrika Selatan. Majlis ini berakhir selepas Solat Asar.
En. Kamarudin (suami Pn. Maznah)
dan En. Ilham Tuah (Tim. Pesuruhjaya Tinggi)
Dari kiri: Kapten Mustapha (Pilot Pesawat MAS),
En. Azizul (Pengarah Tourism Malaysia, Johannesburg),
En. Rani (Menteri Penasihat Kedutaan)







0 comments:
Post a Comment