Bukan Sekadar Berhibur

Sedih??

>> Sunday, March 22, 2009


Dari minggu pertama aku menjejakkan kaki di bumi Afrika Selatan ni, acap kali aku menangis tatkala aku dihidangkan dengan masakan Melayu.. Boleh dikatakan setiap kali.. 

Lagi-lagi kalau aku yang masak sendiri..
Makan sorang-sorang, gerenti menangis punya..
Airmata mengalir dengan automatik..
Kalau Ibu dengan mak-mak sedara aku baca entry ni, gerenti diaorang pun tengah sedih menangis sekarang ni..

Haaa..
Aku bukannya menangis sebab sedih makan sorang..
Bukan menangis sebab rindu akan mereka yang aku tinggalkan di Malaysia..
Atau sedih awekz lari ke.. (memang takde awekz pun)
Tapi,
Aku "menangis" sebab
CILI AFRIKA NI PEDASSSS SANGAT..
Hahaha..

Dah memang pe'el aku kalau makan kena nak ada sambal.. Tak pun laul-pauk, makanan aku mesti ada rasa pedas.. Hampir 6 bulan aku berada disini.. Aku masih tak dapat budget cili, bila masak.. Sedap, memang sedap.. Tapi lepas makan, mencicit cari toilet.. Hahaha..

Patutlah, kalau pilih cili kat pasar tu, diaorang mesti bubuh grade cili tu..
EXRTA HOT, 
HOT, 
MEDIUM, 
MILD..

Kalau tengok rupa cili afrika ni, memang tak menggambarkan kepedasannya..
Yang paling pedas tu, alaahai.. Hodoh betul rupanya..
Kalau jumpa kat pasar Malaysia lah, confirm tauke kedai tu kena maki..
Rupa cili buruk, kaler macam dah busuk, kecik sangat pulak tu..
Haaa.. Tapi rupa yang macam tulah kat sini punyalah ya amat pedas..

Malam ni aku menangis lagi..
Masak sambal ayam..
Makan dalam "kesedihan"..
Siap mengalir air hidung lagi..
Huhuhu~
At last, aku kenyang minum air jer..
Hahahaha..


Yang gambar tengah besar tu, variasi cili di Malaysia.. 
Cantik je rupa tapi tak sepedas mana kalau nak dibandingkan dengan cili di sini..




2 comments:

paneh March 23, 2009 at 1:10 PM  

Tunjuk la camno rupo eh cili afrika yg podeh bonar tu. Nak gak den tau ghoman eh.

Waghih Tok Hashim March 23, 2009 at 1:49 PM  

tu haa.. kek ateh tu ado.. yang ado mark 10,10,6 (kaler hijau tu) tu yg podeh naa.. marghrin, den boli yg no 5 kaler hajau tu.. cili koring lah.. dah mesin, masak bubuh 1 sudu jo.. maggai.. sampai nijam memulas perot den..

peneh.. bagi den e-mail kau..

PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan. Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu. Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.



  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP