Rosebank Mall Craft Market
>> Tuesday, March 10, 2009
Tempat ni terletak di Johannesburg.. Tempat letak kereta Rosebank Mall ini dijadikan craft market pada setiap weekend.. Siapa minat kraf, memang ni tempatnya.. Mula dibuka pada tahun 1993 dan lebih 600 gerai beroperasi kat sini.. Antara barangan yang boleh jumpa kat sini ialah barangan ceramics, painting, african craft, kulit-kulit binatang, macam-macam tanduk haiwan yg digubah cantik, perabot dan barangan antik serta jewellery..
1st time sampai sini, aku dah rasa tempat ni best.. Memang kena dengan jiwa aku yang suka painting dan kraf untuk perhiasan rumah.. Kunjungan pertama aku ke sini yang dibawa oleh Tuan Sarjana, aku dah rembat 2 helai kulit springbok dan 5 painting "The African Big Five"..
Lions - King of Beasts;
The African Elephant - Gardeners of Savannah;
Rhinoceros - Great Grazer, Black Beauty;
Buffalo - Flanks of Ebony, Horns of Steel;
Leopard - Prince of Darkness.
Macam biasa, sedikit rakaman suasana dan barangan yang menarik lensa camera aku..

Permandangan sekitar (",)

Tuan kedai ni kata, kulit lembu jenis ini hanya ditemui di kawasan
Royal Zulu dan amat jarang ditemui. Dia yang kata lah..
Harga sekitar Rand 5,000 aje

Gambar Atas: Pelbagai perhiasan berasaskan kulit binatang
Gambar Tengah: Kulit Kuda Belang..
Harga sekitar Rand 9,000 aje
Gambar Bawah: Kulit Lembu Tenusu.. Besar tau..
Harga sekitar Rand 3,000 aje

Dua gambar atas tu, perhiasan dari telur ostrich..
Gambar bawah pula, lukisan harimau yang cantik pada mata aku..

Lagi perhiasan dari telur ostrich
Gambar tengah tu, pelbagai barangan ukiran kayu.. African Style..

Suasana diluar Rosebank Mall.. Ada street artist buat performance..
NotaSelit: Kalau siapa-siapa yang ada minat barang-barang di atas atau nak tau lebih lanjut pasal craft yang ada kat sini, boleh contact aku.. Insyaallah balik cuti bulan 6 nanti boleh bawak.. hehehe





0 comments:
Post a Comment